Peguam Syarie Bertauliah

Menuntut dan membela hak anda di Mahkamah Syariah
Dengan Amanah & Profesional

Peguam Syarie yang komited membantu anda mendapatkan penyelesaian yang adil dan terbaik, melalui khidmat guaman yang profesional, teliti dan penuh integriti.

Peguam Syarie Izzati Jalal

8+

Tahun Pengalaman

Ratusan

Kes Dikendalikan

Sesi Konsultasi

Profil Peguam

Peguam Syarie Izzati Jalal

Merupakan salah seorang Rakan Kongsi di Firma Guaman Tetuan Izzah Izzati Athirah Associates. Beliau mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang kepeguaman syarie dan pengurusan harta pusaka.

Berpengalaman dalam memberikan khidmat nasihat serta penyelesaian undang-undang yang menyeluruh, saya komited membantu klien menangani konflik dan pertikaian berkaitan isu kekeluargaan serta pengurusan pusaka berlandaskan prinsip Syariah.

Saya percaya setiap permasalahan mempunyai keadaan dan keperluannya yang tersendiri. Oleh itu, setiap kes ditangani dengan penelitian dan strategi yang bersesuaian, disertai pemahaman serta sentuhan empati dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi melindungi hak dan kepentingan klien.

PERKHIDMATAN PEGUAM

Menyediakan penyelesaian perundangan yang menyeluruh mengikut lunas Hukum Syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Perkahwinan & Perceraian

Kebenaran poligami, pengesahan atau pendaftaran nikah, wali hakim, wali enggan, pernikahan bawah umur, perceraian secara talaq, pengesahan lafaz cerai luar mahkamah, fasakh, nusyuz, pembubaran perkahwinan.

Tuntutan Berkaitan Anak

Nafkah Anak, Hak Jagaan Anak, Hak Lawatan, Bersama dan Bermalam, Pengesahan Nasab Anak, Ubah Perintah Nafkah, Ubah Perintah Hak Jagaan.

Tuntutan Selepas Cerai

Tuntutan Mutaah, Harta Sepencarian, Nafkah Iddah, Hutang Perkahwinan, Tunggakan Nafkah Isteri, Pelaksanaan Perintah, Komital.

Pengurusan Harta Pusaka

Urusan faraid, hibah dan wasiat mengikut hukum Syariah serta penyediaan dokumen pengisytiharan rasmi.

Dokumentasi Guaman

Penyediaan saman, afidavit, hujahan bertulis, akuan bersumpah dan perjanjian penyelesaian kes.

Konsultasi & Nasihat Guaman

Dapatkan nasihat perundangan yang tepat sebelum mengambil sebarang tindakan mahkamah untuk menjimatkan masa dan kos.

Tempah Sesi

Kelebihan Peguam

Kenapa Anda Perlu Memilih Peguam Syarie Izzati Jalal?

Berurusan dengan undang-undang syariah dan pusaka boleh menjadi tekanan. Saya di sini untuk memudahkan perjalanan anda dengan integriti dan profesionalisme.

Penerangan Mudah Difahami

Bahasa perundangan diterjemah ke dalam bahasa mudah supaya anda faham 100% hak dan proses anda.

Pengurusan Kes Profesional

Kes dikendalikan dengan teliti, mengikut jadual mahkamah dan dokumentasi yang lengkap.

Kerahsiaan Terjamin

Privasi anda keutamaan saya. Segala maklumat peribadi dan perincian kes dirahsiakan sepenuhnya.

Proses Jelas & Tersusun

Tiada kos tersembunyi. Proses langkah demi langkah dan jangkaan kos dimaklumkan sejak awal.

Ulasan Klien

Apa Kata Klien?

"Seorang peguam yg berkaliber dan komited. Sentiasa peka focus dalam mendengar kes. Mampu memahami keperluan client dan mampu menyampaikan hujah dengan jelasnya. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah yg diberi. Terima kasih Pn Izzati..."

M

Muhd Safanizam

Klien Mahkamah Syariah

"Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Puan Izzati... Puan izzati seorang yang berilmu, lemah lembut dan serta sopan santun orangnya. Membuatkan saya berasa selesa sepanjang proses berjalan... Sangat disyorkan kepada sesiapa yang memerlukan khidmat peguam syariah wanita yang amanah dan berdedikasi. Terima kasih Puan."

A

Ajmal Iman Ent

Klien Mahkamah Syariah

"Terima kasih Puan Izzati yg banyak support saya utk saya bangkit kembali."

A

Azizah

Klien Mahkamah Syariah

Borang Pertanyaan

Lengkapkan langkah di bawah untuk memudahkan kami memahami situasi anda.

1
Maklumat
2
Butiran Kes